Wednesday, April 8, 2015

Grand Opening Bellaammara Bangi

Assalammualaikum....


Hari tu akak pi Grand Opening Bellammara Bangi pada
 28-29 Mac 2015 yang lalu.
Gigih akak kuar umah kul 6.45 pagi semata-mata nak beratur nak dapatkan free gift Bellaammara tau. Sebenarnya akak nak dapatkan Jubah free dia tuh. tapi ada syaratnya.
Syarat di ikut no yang diberi...

1 - 100 : free Jubah & goodie bag
101-200 : free tudung Ruffle
201-250 : free Shawl Nur
251-300 : free Shawl Sugarscraf


Akak sampai kul 7.00 pg. Mak oiii ramai giler dah beratur... 
ohh lupa akak pegi dengan adik ipar masa tuh...


kome tgk.. panjang tak beraturnya...
yang kat depan tuh agak2 kul berapalah diorg ni datang.


boring masa beratur jomlah kita selfie..

tunggu nak dapat no dekat kul 9 lebih .... 
so no yang akak dengan adik ipar dapat ialah
321 & 322


disebabkan akak dapat no 300 lebih.. so nan adolah free giftnya ... sedih2...

lepas dah dapat no tuh...
beratur lagi sbb nak makan plak..
apapun terima kasih Bellammara sebab sediakan makanan untuk customer2 dia
tocey2... sedap2 semua...

masa sampai turn akak mee goreng dah habis.. 
so makanlah bihun goreng..
oklah kan... janji dapat makan...

sementera menunggu nak dapat masuk tuh..
akak jejalanlah kat kawasan tuh.
kebetulan banyak plak butik yang grand opening hari tuh
yang akak ingat  OSRA butik dan Pen Merah.com. sori lelain masuk tp tak ingat nama butik hihihihi...



akhirnya kul 12 lebih baru akak dapat masuk. lama giler nak tunggu.
sekali masuk... masyaAllah ramainya orang kat dalam.
rupanya ada gak yang tak ikut no masuk..
sabar jelah...
akak sebab kawan kirim nak Bella Jubah..
so masuk terus cari Bella Jubah... akak test juga Najla Jubah tp akak rasa cam besolah..
akak pakai cam orang mengandung... hihihihi..
last skali akak amik Bella Jubah Exclusize.
Adik ipar akak pun amik sama.

so ni lah jubah2 yang dapat di grab masa Grand Opening Bellammara ari tuh.


Ni akak punya.
Bella Jubah Exclusize
Size L
Harga RM120.00


ni adik ipar akak punya.
Bella Jubah Exclusize
Size S
Harga RM 120.00


yang ini plak kawan yang order
Bella Jubah
Size M
Harga RM 100.00

So itu jelah misi pencariannya.
balik umah tido sbb letih giler kot...






Friday, April 3, 2015

Ellfie Essence - Agen Balakong/Kajang/Bandar Baru Bangi

Assalammualaikum..

Hari ini akak nak memperkenalkan satu produk skincare yang sedang meletup sekarang ni.

Nama produk ni ialah

ELLFIE ESSENCE



kenapa perlu dapatkan produk ini???

sebab....


Produk ini sesuai untuk:
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semua jenis masalah kulit
  • Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
  • sesuai untuk semua peringkat usia
Produk ini membantu masalah kulit dari segi
  • Masalah kulit tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
  • memperbaiki kulit kusam
  • kulit tidak berminyak
Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Ellfie Essence menggunakan bahan semulajadi dan selamat digunakan.

Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoran di muka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.




Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.

Produk ini telah pun dapat kelulusan KKM
so jangan risau yer.. selamat digunakan


Jadi kepada yang nak cuba produk ini boleh dapatkan daripada akak yer...

Akak agen
Balakong/Kajang/Bandar Baru Bangi

COD pun blh

Waktu pengeposan parcel
Setiap hari

Harga 
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  

Bagi nak dapatkan loose Item
ada pada akak sekarang Cleanser dan Toner
Cleanser 50ml - RM55.00
Toner 50ml - RM55.00

tetapi kalau beli Cleanser dan Toner harga RM100.00 sahaja.


so apa lagi jom dapatkan Ellfie Essence sekarang...

Thursday, April 2, 2015

tudung SweetNikitah

Assalammualaikum

Apa khabar semua hari ini? Sehat?
oklah hari ini akak nak review satu tudung ni. Tudung ni Ala Neloofa. Senang dipakai dan kain plak jenis Lycra. Tak panas ye kalau pakai. Bagi yang ada anak-anak kecik dan nak outting tudung ni sangatlah sesuai dipakai.

Masa akak pi holiday...
pakai tudung ni sangatlah membantu 
sebab tak yah gosok dan cepat.










Suka tak?
Kalau suka belilah pada Kak Nik ni.

Berminat hubungi Kak Nik 019-257 1929

Cau Cin Cau ....



Tuesday, March 31, 2015

Qialulah

Assalammualaikum.

Hari ini saya nak kongsi sedikit info yang saya copy dari group wassap.



Saya ingin berkongsi amalan 'qailulah' yg terdpt dlm jadual pelajar Maahad Tahfiz.
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor



              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:
syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"
(Riwayat ai-Tabrani)


Apa itu Qailulah ?


Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.


Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?


Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?


Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. 
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah......

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 

kecerdasan dan fokus.

Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .😊 😃 


Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?


1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

So..jgn tido lps subuh n lps asar..😊